Sunday, May 6, 2007

Pergerakan Candlestick

Candlestick memang ada keseniannya tersendiri dalam memorex setiap bentuk atau patten dia ada juga nama..seperti Doji star..hammer,hangging man dan sebagainya.Tunggu ke episod lain yang tue..

Cuma apa yang perlu kita ingat kalau pakai background hitam..cam aku ni..PUTIH : BEARISH [Turun/Down]. HITAM :BULLISH [Naik/Up]
cs3
Melihat timeframe atau timescale M1,M5,M15,M30 untuk meliaht pergerakan candlestick : Bermakna pergerakan candlestick atau lilin dalam masa 1 Minit,5 Minit,30 Minit dan seterusnya.Kesimpulannya..Misalnya kita lihat M1,setiap seminit candlestick itu keluar..dan seterusnya.Kalau kita melihat M5 pula bermakna 5 Candlestick telah keluar di timeframe M1.Manakala di M5 pula setiap 1 Candlestick mewakili 5 Minit.

Seterusnya timeframe H1,H4,D1,W1 dan MN yang bermaksud 1 Jam, 4 Jam , 1 Hari , 1 Minggu dan 1 Bulan.

Bila kita melihat di timeframe[TF] MN atau 1 Bulan.1 Candlestick yang ada di Timeframe MN mewakili 1 Bulan untuk membentuk 1 Candlestick[CS].

Sekiranya kita melihat di TF W1 : 1 CS di W1 membentuk 1 Minggu.Jadi di W1 akan terbit 4 CS untuk membentuk 1 CS di MN.

Di TF D1 pula : 1 CS terbentuk mengambil masa 24 Jam atau sehari yang bermula dari jam 00.00-00.00.Jadi di D1 akan membentuk 7 CS untuk mewakili 1 CS di W1.

Di TF H4 pula : 1 CS terbentuk mengambil masa 4 Jam yang bermula 00:00-04:00-08:00-12:00-16:00-20:00 seterusnya.Bermakna ia perlu lengkap 6 CS di H4 untuk mewakili 1 CS di D1.[6 CS X 4 Jam =24 Jam].

Di TF H1 pula : 1 CS terbentuk mengambil masa 1 Jam.Bermakna ia perlu lengkap 4 CS di H1 untuk mewakili 1 CS di H4…

Begitulah seterusnya..

No comments: